Sunday, 13 January 2019

Handbag DIY by Zahra


Zahra belajar cara membuat bag ini dari Life hacks di YouTube. Bersemangat hendak cuba membuat sendiri bag tangan ini dengan menggunakan seluar jeans abangnya. Nasiblah ada unused seluar.

Kami pula cuba membantu dengan mengajar Zahra cara untuk menjahit tali dan butang serta mengemaskan tali pemegang bag.

Aktiviti ini boleh melatih anak untuk membina keyakinan diri, tidak berputus asa, cara mengendalikan gam panas dan menjahit. Aktiviti ini sesuai dengan anak berumur 7 hingga 10 tahun.

P/s: Rancangan seperti Life Hacks For Kids dan 5 Minutes Craft ini sesuai untuk melatih anak-anak di sekolah rendah menjadi kreatif. Tetapi segala aktiviti yang menggunakan gadgets perlu dipantau dan dikawal oleh ibubapa agar kita mendapat kebaikan dari faedahnya bukan kerugian daripada keburukkannya.



No comments:

Post a Comment