Sangat susah nak hadam bila kita melihat cara hidup dipenjara. Bayangkan hidup di dalam bilik kosong tanpa kipas dan apa-apa. Hanya dinding yang menjadi peneman setia untuk meluahkan perasaan. Lukisan yang dihasilkan banduan-banduan pada zaman dahulu juga dipamerkan agar menjadi pedoman kepada kita.
Banyak yang boleh dipelajari disini termasuk illustrasi cara hukuman dijalankan pada zaman dahulu di kebanyakkan negara. Antaranya ialah hukuman sula, menghiris daging pesalah sehingga mati, kepala pesalah dipenggal dan badan pesalah yang dipotong kepada dua bahagian dengan gergaji semasa hidup. Seram, amat seram!.
Sangat bagus untuk kita membawa anak-anak kesini agar mereka tahu mengapa hidup kita perlu ada peraturan dan akibat yang akan diterima jika kita melanggari peraturan tersebut.
Ini tidak termasuk hukuman sebenar di AKHIRAT nanti!
Bilik banduan pada zaman dahulu. |
Bilik banduan pada zaman yang dah maju sedikit. |
No comments:
Post a Comment