Sunday, 26 August 2018

Ikan yang manja.

Transforming our fish pond to a mini pool.
Alhamdullilah, termakbul sudah hasrat anak-anak dan kami untuk tukar fish pond jadi mini pool.
Semasa ikan-ikan dilepaskan ke dalam tasik, kami terkejut bila nampak ikan-ikan yang dah besar macam very reluctant untuk berenang ke dalam tasik sampai Mr. Hubby terpaksa tolak-tolak ikan itu untuk masuk ke dalam tasik (sebab dah terbiasa spoon fed.)
Yang peliknya bila anak-anak ikan pula dilepaskan, laju je mereka berenang ke rumah baru mereka yang lebih besar dan luas. (belum dimanjakan lagi).
Sama je kan dengan MANUSIA?
Bila kita dah dimanjakan dan spoon feed sentiasa, agak susah untuk kita menjadi independent. Sebaliknya, kalau kita sudah dibiasakan berdikari, campak jelah kat mana-mana pun kita boleh survive.
Samalah dengan anak-anak kita, ianya satu kewajipan untuk kita melatih mereka berdikari sejak kecil. Dari melakukan kerja rumah sehingga menuntut ilmu. Walaupun semasa ice breaking untuk menjadi mereka independent itu memang tough, ia akan jadi kebiasaan bila diulang-ulang. So, never ever give up.
P/s: Latihlah anak-anak kita untuk menjadi seperti anak ikan tadi. Jangan terlampau spoon feed mereka sejak awal.



No comments:

Post a Comment