Monday, 27 August 2018

5 SEBAB ANAK TIDAK BERMINAT UNTUK MEMBACA.

Sikap membaca perlu dipupuk semenjak kecil. Kadang-kadang anak kita agak liat dan malas untuk membaca.
Adakah kita tahu apakah yang menyebabkan anak kita untuk malas membaca? Mari kita 'identify' apakah masalah anak kita:
1) Mereka berasa membaca itu membosankan. Ini akan berlaku jika mereka hanya diberikan buku sekolah dan buku teks sahaja untuk dibaca.
2) Mereka mempunyai masalah pembelajaran (learning difficulty). Mereka tidak mampu membaca seperti anak-anak lain.
3) Mereka tidak diberikan buku yang menarik. Kita tidak mempelbagaikan bahan bacaan anak-anak.
4) Tiada 'environment' yang menggalakkan mereka untuk membaca buku. Mereka tidak dibawa ke library atau disediakan 'mini library' di rumah untuk mereka membaca.
5) Tiada 'role model' untuk mereka ikuti. Kita pun tidak suka membaca, jadi bagaimana nak harapkan mereka untuk membaca?
Bila kita sudah identified masalah anak kita, bolehlah kita mula mencari jalan penyelesaian. Janganlah kita biarkan sikap ini berlarutan sehingga mereka dewasa kelak. Bak kata pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya'.




No comments:

Post a Comment