Friday, 31 August 2018

Kraf Hari Kebangsaan.


Tahun ini, Zahra telah mencipta masks berkonsepkan Jalur Gemilang. Dia juga telah melukiskan masks untuk adik-adiknya mewarna. Seronok tengok the way they expressed their ideas and creativity. 







 Meanwhile, Zikrur Rahman pula telah mencipta kad Hari Kebangsaan.   



Thursday, 30 August 2018

Face the world bravely.


My son:  Negro tu apa?

Me:         Itu panggilan untuk orang Africa yang kulit gelap. Kenapa?
My son:  My friends called me Negro at school. 
Me :        What? Ummi rasa your friends ada masalah mata. Tapi takpelah, lain kali abaikan 
               sahaja. You have to be strong. Abaikan what they said. Proof to them that you are 
               strong. Nothing can affect you       

P/s: Sometimes, it's quite difficult nak avoid this problem at school. Our kids definitely have to face it bravely. We cannot change the world, but we can help our kids to face it strongly.
               
       

Monday, 27 August 2018

5 SEBAB ANAK TIDAK BERMINAT UNTUK MEMBACA.

Sikap membaca perlu dipupuk semenjak kecil. Kadang-kadang anak kita agak liat dan malas untuk membaca.
Adakah kita tahu apakah yang menyebabkan anak kita untuk malas membaca? Mari kita 'identify' apakah masalah anak kita:
1) Mereka berasa membaca itu membosankan. Ini akan berlaku jika mereka hanya diberikan buku sekolah dan buku teks sahaja untuk dibaca.
2) Mereka mempunyai masalah pembelajaran (learning difficulty). Mereka tidak mampu membaca seperti anak-anak lain.
3) Mereka tidak diberikan buku yang menarik. Kita tidak mempelbagaikan bahan bacaan anak-anak.
4) Tiada 'environment' yang menggalakkan mereka untuk membaca buku. Mereka tidak dibawa ke library atau disediakan 'mini library' di rumah untuk mereka membaca.
5) Tiada 'role model' untuk mereka ikuti. Kita pun tidak suka membaca, jadi bagaimana nak harapkan mereka untuk membaca?
Bila kita sudah identified masalah anak kita, bolehlah kita mula mencari jalan penyelesaian. Janganlah kita biarkan sikap ini berlarutan sehingga mereka dewasa kelak. Bak kata pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya'.




Sunday, 26 August 2018

Ikan yang manja.

Transforming our fish pond to a mini pool.
Alhamdullilah, termakbul sudah hasrat anak-anak dan kami untuk tukar fish pond jadi mini pool.
Semasa ikan-ikan dilepaskan ke dalam tasik, kami terkejut bila nampak ikan-ikan yang dah besar macam very reluctant untuk berenang ke dalam tasik sampai Mr. Hubby terpaksa tolak-tolak ikan itu untuk masuk ke dalam tasik (sebab dah terbiasa spoon fed.)
Yang peliknya bila anak-anak ikan pula dilepaskan, laju je mereka berenang ke rumah baru mereka yang lebih besar dan luas. (belum dimanjakan lagi).
Sama je kan dengan MANUSIA?
Bila kita dah dimanjakan dan spoon feed sentiasa, agak susah untuk kita menjadi independent. Sebaliknya, kalau kita sudah dibiasakan berdikari, campak jelah kat mana-mana pun kita boleh survive.
Samalah dengan anak-anak kita, ianya satu kewajipan untuk kita melatih mereka berdikari sejak kecil. Dari melakukan kerja rumah sehingga menuntut ilmu. Walaupun semasa ice breaking untuk menjadi mereka independent itu memang tough, ia akan jadi kebiasaan bila diulang-ulang. So, never ever give up.
P/s: Latihlah anak-anak kita untuk menjadi seperti anak ikan tadi. Jangan terlampau spoon feed mereka sejak awal.



Saturday, 25 August 2018

Baking with boys.

Satu aktiviti yang boleh dilakukan secara santai. Sambil buat kek, kita boleh buat spelling, language, maths and arts. Baking juga can help our kids to be more responsible and independent.

Yang paling best dapat makan kek homemade.

P/s: Trust them and they can create wonders.

Nak resepi kek mudah ni. Jom kita tengok

Bahan-bahan
1) 1 buttercup
2) 3/4 gula halus
3) 4 biji telur gred B
4) 3/4 sudu kecil baking powder
5) 3/4  sudu kecil soda bikarbonat
6) secubit garam
7) susu cair 1/2 cawan
8) 1 cawan tepung gandum (250g). 
9) Pewarna makanan.

Cara
1) Pukul buttercup sehingga lembut dalam 10 mini.
2) Masukkan gula dan pukul dengan buttercup sekali.
3) Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan.
4) Masukkan soda, baking powder, garam dan Gail sehingga sebati.
5) Masukkan susu cair.
6) Masukkan tepung dan gaul.
7) Bahagikan adunan dan gaul dengan pewarna yang anak suka dalam setiap adunan.
8) Panaskan oven semasa langkah 2 tadi.
9) Bakar dalam suhu 180 darjah Celsius selama 40 minit.









Friday, 24 August 2018

The importance of arts.

One of the best ways for children to trust themselves and express their ideas is arts. 
Thus, every parent needs to give their children the oppurtunity to  express themselves and their ideas.








Thursday, 23 August 2018

TERMENDUNG

Sedang Ummi kusyuk menonton tv, tiba-tiba

Zahra: Ummi, kenapa "TERMENDUNG"?
Me : What? termendung? Hahahaha..
"TERMENUNG" lah Zahra.
P/s: Tak baik ketawakan kesalahan anak tapi kadang-kadang tak boleh nak control ketawa dengan perkataan-perkataan baru anak-anak ini. Nasiblah, dia muka tebal dan tak kisah bila Ummi gelakkan dia.

Tuesday, 21 August 2018

Castella Cafe, Gerik, Perak

Gerik adalah sebuah pekan kecil yang nyaman dan sangat tenang. Pekan ini dikelilingi gunung dan kita boleh melihat kabus dengan jelas. Ianya sangat tenang dan  nyaman jika kita berniat untuk lari daripada kehidupan kota dan stress.

Di pekan ini, ada sebuah cafe yang best sangat sebab kita boleh makan sambil merendam kaki di dalam air sungai. Namaya Castella Cafe. Harga makanan di sini agak mahal tapi berbaloi jugalah bila dibandingkan dengan servis seperti pelampung dan rakit yang disediakan tanpa time limit.

Kita juga boleh berenang sepuas hati di sini. Sambil makan sambil berenang. Yang pastinya, anak-anak akan sagat seronok. Kombinasi keindahan alam, makanan dan air yang dingin memang terbaik.








Monday, 20 August 2018

Me time

Mothers need a break.
We are imperfect. We are not superwoman. We are just an ordinary woman who try to give our best to our family.
Sometimes, our responsibilities can make us forget to treat ourselves well. We tend to deny our rights.

Never, never do that.Always give some time for yourselves.
Do what you love.
Pamper yourself with what you love.
Love yourselves to love others more.
It can really help you to stay positive and stronger to face your daily life happily.
It also helps you to be more effecient and energetic.
P/s: Mine are eating cakes, watching movies and reading books. Have you find yours?

Saturday, 18 August 2018

Tales of mothers.


Seriously this is a must read book for all the mothers yg demotivated and stressful with the ups and downs in our motherhood journey. We will never know our strengths until we face it.
Meanwhile for the mothers who  enjoy this journey, we will be more grateful after reading this book. It really can encourage us to be better mothers.
I finished reading this book in one day. It's really inspiring.
P/s: This book can make you drop your tears. So, sediakan tisu di sebelah.

Friday, 17 August 2018

Tips 2: Bagaimana memupuk minat anak untuk suka buku.

Belikan buku yang berwarna warni dan nipis. Lebih seronok kalau di belikan buku cerita berkaitan haiwan. Walaupun masih belum boleh membaca, mereka akan cuba sebut nama haiwan. Slowly, they will develop the interest on books.
As parents, kita pun mestilah rajin membacakan buku untuk mereka. Kita baca bersama-sama. Oops.. Jangan baca lama sangat dan monotonous, nanti anak kita akan bosan. Yang nipis-nipis je dah cukup untuk beginning stage.
P/s: Tak susah pun nak anak suka buku cuma kita kena start awal.

Thursday, 16 August 2018

Terharu dengan bestie yang nak belajar Mental Abacus untuk teach anak-anaknya sendiri.

Sharing dari FB Cikgu Sarina yang berada di Pahang.

Becoz of u anak..
Alyaa selalu kata math adlh subjek yg susah utk dia..
Wpun mama dia minor math. 
😂😂😂😂
So, mama kena ambil inisiatif lain utk belaja math, 
Menggunakan #abacus.
Sbb cara dan pendekatan berbeza skng ni.
Mama dia xmahir utk sek rendah,
Sbb dh biasa dgn math men atas.
Hehe.
So mama nak masuk kelas dulu skng,
Jumpe ticer Zeenath Raffi via online saje.
Jap g mama update k😇😇😇
Tp sblm tu, alyaa kena buai baby dulu ðŸ˜‚😂










Wednesday, 15 August 2018

Taman Wetland Putrajaya.


Tempat ini agak best kalau nak bawa anak-anak berjalan secara free. 
Dekat Pusat Penghayatan Alam di sini terdapat banyak informasi mengenai beberapa jenis haiwan.  Kita boleh mengelilingi pusat ini dalam 30 minit, so berbaloilah kalau nak dapatkan ilmu dan explore secara percuma. 
Selain Pusat Penghayatan Alam ini, terdapat tasik yang besar, padang dan camping site.
Kalau bawa anak-anak pusing di kawasan tasik ini, kita boleh nampak flamingo, swan dan fish. 
Kita juga boleh berlari dan jogging bersama anak-anak di kawasan padang yang luas. Cantik juga tempat ini kalau nak buat photoshoot.
Jangan lupa bawa bekalan makanan dan minuman dari rumah bila hendak ke sini. Bolehlah kalau nak picnic dengan keluarga .












Gambar tak berapa cantik sebab bateri dah nak kong time ni.

Tuesday, 14 August 2018

Tips 1: Bagaimana memupuk minat anak untuk suka buku.

Nak bagi cinta pada buku ada banyak cara. Memberi anak-anak buku aktiviti macam hidden pictures and mazes pun boleh buatkan anak suka buku dan lupa gadgets. Cari aktiviti mazes dan hidden pictures yang sesuai dengan umur anak.
Jangan pula bagi yang advanced level kat budak 5 tahun, terus anak tu trauma dengan buku. Silap hari bulan, dia takut terus dengan buku.



P/S: Berhati-hatilah memilih buku yang bersesuaian dengan umur anak kita.