Friday, 23 February 2018

Homemade playdough dari used oil dan expired tepung.


I am not stingy tapi rasa sayang pulak nak buang 2 kotak tepung kek dan kuih pau instant. So, terfikir nak buat playdough dan Alhamdullilah berhasil kejadiannya. So siapa yang ada used cooking oil and expired flour, boleh cuba try. Kalau takde, nak pakai yang tepung gandum yang baru pun lagi bagus.

Resepi

Bahan-bahan:
1) 1 cawan tepung gandum
2) 1/4 cawan garam
3) 2 sudu cream of tartar (boleh beli dekat kedai kek)
4) 2 sudu minyak makan (nak guna used atau yang baru pun boleh)
6) Pewarna makanan (ikut suka nak letak sepekat mana)
5) 1 cawan air suam

Cara-cara:
1)  Gaulkan bahan no 1 hingga 4 di dalam kuali. (Jangan on dapur tu dulu).
2)  Masukkan pewarna makanan di dalam air dan gaulkan.
3)  Tuangkan air yang berwarna ke dalam kuali tadi.
4)  Masak dengan api yang sederhana (sentiasa kacau sehingga sekata).
5)  Biarkan sejuk.
6)  Uli sekali lagi.
7)  Ulangi langkah 1 hingga 6 untuk warna lain pula.
8)  Siap untuk anak-anak bermain.
9)   Bila anak sudah puas anak-anak bermain, bolehlah disimpan di dalam  
      beg plastik.
10) Ikat plastik ketat-ketat atau guna sahaja ziplock plastic bag.
11) Simpan di dalam peti ais untuk tahan lebih lama. 


No comments:

Post a Comment