Monday, 11 February 2019

How to be the parents you always wanted to be.


Buku parenting yang menarik dan penuh dengan illustrasi, kisah benar dan dialog yang boleh digunakan dalam mendidik anak  dan mendapatkan kerjasama mereka tanpa perlu menjerit, marah, menengking dan membebel.
Buku ini mencadangkan pelbagai teknik dan kaedah yang boleh diaplikasikan dalam mendidik anak agar mereka mendengar arahan  tanpa perlu dimarahi dan dihukum. Antara teknik yang diajar ialah:
1)Terangkan pada anak apa yang kita lihat dengan jelas.
Contoh: Susie, ada kulit pisang ada di atas lantai di dapur.
2)Berikan anak informasi
Contoh: Orang yang yang pijak kulit pisang pasti akan terjatuh dan menyakitkan. Tempat kulit pisang ialah tong sampah.
3) Berikan anak pilihan
Contoh: Awak boleh buang di dalam tong sampah di dapur atau tong sampah di luar.
4) Gunakan sepatah perkataan sahaja atau ayat yang ringkas sahaja.
Contoh: Suzie, kulit pisang itu.
5) Terangkan perasaan kita.
Contoh: Ummi sedih bila melihat kulit pisang di lantai dapur kita.
Buku ini memang boleh diberi 5 bintang dan sangat sesuai dibaca untuk membantu kita berubah menjadi ibubapa yang lebih cool dan dihormati oleh anak kita.



No comments:

Post a Comment