Tuesday, 26 February 2019

Aktiviti-aktiviti untuk mencintai alam sekitar

Aktiviti mencintai alam sekitar bersama anak.
Banyak aktiviti yang berkaitan dengan mother nature yang boleh kita lakukan bersama anak kita. Aktiviti ini akan merangsang minda anak kita, mencintai sains dan membantu melahirkan generasi yang menghargai alam sekitar. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah:

1) Aktiviti mencari embun.
Dalam aktiviti ini kita boleh ceritakan tentang proses kondensasi dan bagaimana embun terbentuk. Sometimes, memang sukar untuk difahami anak kecil tetapi kita boeh terangkan secara ringkas agar mereka faham berapa hebatnya kuasa Allah dan seronok dengan Sains.

2) Mandi hujan.
keseronokkan mandi hujan tidak akan dapat ditandingi oleh sebarang permainan. Ianya membantu anak-anak lebih menghargai alam sekitar dan bersyukur dengan nikmat Allah. Selepas mandi, kita juga boleh menerangkan bagaimana Allah menciptakan hujan. 

3) Quite time.
Quite time ialah aktiviti menyuruh anak mendengar dan menghayati kicauan burung dan kokokan ayam di waktu pagi atau bunyi serangga di waktu malam. Kita boleh mengajar anak menghayati alam ciptaan Allah yang sangat menarik dan indah.

4) Aktiviti mengenali bunga dan daun.
Kita boleh mengajar anak mengenali bunga, daun dan pokok yang berbeza warna dan saiz. Kita terangkan pada mereka bagaimana Allah mencipta sesuatu dengan kepelbagaian dan setiap ciptaan itu sangat cantik dan indah.

5) Teka bentuk awan.
Kita dan anak-anak boleh bermain meneka apa yang dapat dilihat dari bentuk awan. Tiada jawapan yang salah kerana ianya berdasarkan imaginasasi kita dan anak.

Mengenali alam semulajadi ialah Sains. Sains akan membantu anak mengenali kekuasaan dan kebijaksanaa Allah s.w.t dengan dekat.





No comments:

Post a Comment