Messy play
Satu aktiviti yang amat menyeronokkan anak-anak. Ia juga merupakan 'sensory play' yang bagus. Kita cuma perlukan tiga bahan utama iaitu tepung jagung, pewarna makanan dan air.
Cara:
1) Letakkan tepung jagung dalam satu bekas atau dulang yang besar.
2) Titiskan pewarna makanan.
3) Tuangkan air sedikit demi sedikit.
4) Lihat perubahan warna yang berlaku.
5) Tuang lagi air dan biarkan anak mencampurkan adunan dengan menggunakan tangan mereka.
1) Letakkan tepung jagung dalam satu bekas atau dulang yang besar.
2) Titiskan pewarna makanan.
3) Tuangkan air sedikit demi sedikit.
4) Lihat perubahan warna yang berlaku.
5) Tuang lagi air dan biarkan anak mencampurkan adunan dengan menggunakan tangan mereka.
Anak-anak boleh melihat warna-warna lain yang terhasil daripada sesuatu warna. Contohnya warna biru, pink dan putih terhasil daripada warna ungu. Pada masa yang sama, mereka boleh merasa bagaimana sesuatu cecair yang likat dan pekat menjadi cair ditangan mereka.
P/s : Satu lagi bahan utama dalam play ini ialah "kesabaran ibubapa" untuk melayan dan membersihkan semula segala mess. Dah nama pun "messy play" kan?
No comments:
Post a Comment