Mental abacus amat sesuai dipelajari oleh kanak-kanak yang berusia 3 tahun sehingga 12 tahun. Mental abacus ialah pengiraan yang dilakukan di dalam minda dengan membayangkan abacus tersebut di dalam minda anak. Apabila anak-anak mengira dengan mengunakan abacus, pergerakan kedua-dua belah tangan untuk menggerakkan manik akan membantu untuk mengimbangi perkembangan otak kanan dan kiri.
Antara faedah "LUAR BIASA" mental abacus ialah:
- kanak-kanak yang sudah dilatih untuk mengira dengan abakus boleh melakukan pengiraan dengan pantas dan tepat ibarat kalkulator tanpa menggunakan pensel dan buku.
- meningkatkan kepintaran dan kecerdasan akal.
- menguatkan ingatan dan mengoptimakan kuasa minda.
- merangsang pemikiranan yang kreatif dan kritikal
- meningkatkan keupayaan pembelajaran
- meningkatkan keupayaan untuk focus dan kosentrasi.
-
No comments:
Post a Comment