Wednesday, 12 September 2018

Apa itu Otak Kiri dan Otak Kanan?


Otak kiri dan otak kanan mempunyai fungsi yang berbeza. Keupayaan kita untuk mengunakan otak kiri dan kanan secara optimum dan seimbang mampu melahirkan seorang yang cerdas dan mampu berfikir di luar kotak (out of the box). 

Malangnnya kebanyakkan kita hanya didominasi oleh otak kiri. Sistem pendidikan dan pendedahan yang diterima oleh kita semenjak kecil menyebabkan keupayaan luar biasa otak kanan kita diabaikan. 

Apabila otak kanan digabungkan dan diseimbangkan didalam proses pembelajaran, kita boleh melihat suatu keajaiban.  Bagaimana?

Kita akan menyerap maklumat (di dalam otak kanan), maklumat itu akan diaturkan dan disusun (di dalam otak kiri). Akhirnya kita akan mengekspreskan maklumat tadi dalam bentuk emosi dan praktikal yang hebat secara keseluruhan. 

Proses merangsang otak kanan perlu diberikan penekanan dan dimulakan sejak kecil. Kanak-kanak yang menerima sepenuhnya rangsangan otak kanan dan diseimbangkan bersama otak kiri mampu mencapai kecemerlangan dan kejayaan yang holistik. 


No comments:

Post a Comment