Abacus atau sempoa ialah sebuah alat yang digunakan untuk mengira sejak berkurun-kurun lamanya di seluruh pelusuk dunia. Ianya digunakan untuk melakukan operasi yang mudah seperti tambah, tolak dan operasi yang kompleks seperti darab dan bahagi.
Setiap peradaban dan bangsa seperti Latin, Greek, Roman, India, China dan Jepun mempunyai versi abacus mereka yang tersendiri. Mereka telah mengubahsuai abacus mengikut kesesuaian di dalam budaya dan tradisi mereka. Abacus ini digunakan di dalam kehidupan harian mereka dan berurus niaga.
Mengira dengan menggunakan abacus pada zaman dahulu |
Chinese abacus 'Suanpan' |
Roman abacus |
Soroban
Soroban ialah abacus yang digunakan secara meluas di Jepan sehingga kini. Ianya diubahsuai daripada Chinese Abacus. Program Junior Muslims juga menggunakan abacus ini.
Abacus ini amat mudah dipelajari dan dikuasai. Ianya dibaca dari kiri ke kanan. Kemahiran mengira dengan abacus amat berbeza dengan kaedah conventional atau mengira dengan bentuk lazim. Pelajar yang sudah mahir abacus dan mental abacus hanya perlu melihat soalan untuk menjawab. Jangan terkejut melihat kelajuan mereka menjawab dalam masa yang singkat dan penuh keyakinan.

Soroban Abacus |
No comments:
Post a Comment