Monday, 25 December 2017

Ice Painting

Jom try activity ice painting. Senang sangat:
Bahan-bahan:
1) Ais
2) Water colour
3) Garam

Cara-cara:
1) Taburkan garam sedikit demi sedkit di atas ais.
2) Warnakan ais tersebut.
3)  Lihat apa yang berlaku.

Aktiviti ini mempunyai banyak kebaikan untuk kita mengajar anak-anak kita mengenai:

1) Art
- Masa tengah colour tu, ice akan melebur, so color tak akan melekat pada ais. Anak-anak akan dapat peluang untuk melihat perubahan struktur warna dan corak di atas itu.

2) Sains
- Tabur garam atas ais.  Kita akan dapat melihat lubang-lubang kecil akan terbentuk di atas ice tadi. Lebih banyak garam di tabur, semakin dalam lubang ais and lagi mudah warna akan melekat di atas ais tadi. Selain itu, garam juga menyebabkan ais melebur dengan lebih cepat.
- Boleh cuba  aktiviti ice painting ini di tempat yang berlainan macam dalam rumah dan luar rumah untuk melihat faktor suhu yang mempengaruhi peleburan ais.

3) Al quran
- Dalam ayat 53, surah al- Furqan. Allah SWT ada berfirman mengenai garam (surah al- Furqan, ayat 53) dan ais (surah al- Nur, ayat 43). Jadi kita boleh mengajar anak-anak kita tentang apa yang Allah SWT ceritakan mengenai ais dan garam dalam Al-Quran.



No comments:

Post a Comment