Fresh from oven, 36 chocolate cupcakes as requested untuk jamuan raya kelas Zahra. Dia cuma nak chocolate cake sahaja. Nasiblah cake ni sangat senang and cepat nak buat. Ummi bagi resepi, Zahra mixed and beat. Tadaa.. dah siap.
Resepi
Bahan-bahan:
1) Setengah cawan serbuk koko
2) Secawan tepung
3) Secawan gula
4) 1/2 sudu kecil garam
5) 3/4 sudu kecil soda bikarbonat
6) 3/4 sudu kecil baking powder
7) 1/2 cawan susu (fresh milk boleh, buat sendiri susu guna tepung susu pun boleh)
8) 1/4 cawan minyak jagung (Mazola)
9) 2 susu kecil essence vanilla
10) Sebiji telur
11) 1/2 cawan air panas
Cara-cara:
1) Masukkan tepung, serbuk koko, gula, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
2) Gaulkan sehinggga sekata.
3) Masukkan telur, susu, essence vanilla dan minyak.
4) Gaulkan lagi sehingga sekata.
5) Tuangkan air panas.
6) Gaulkan sehingga sekata.
7) Tuangkan dalam loyang atau mangkuk kertas
8) Bakar pada suhu 180c selama 15-20 minit
9) Boleh letak chocolate rice atau chocolate chis sebagai perhiasan tapi taburkan di atas
kek semasa kek hampir masak.
No comments:
Post a Comment