Friday, 30 November 2018

Islamic Words Search.

Empat worksheets untuk melatih anak-anak di waktu cuti sekolah. Manfaatkan cuti mereka ya. Sila click Word search untuk print latihan-latihan ini.

Thursday, 29 November 2018

Kids are not perfect.


Never expect kids to be perfect. These are the outcomes from 5 kids from the age of 4 till 9 years.
The learning process is always more important than the outcomes. So, let them to try and shape the dough themselves. Definitely they will feel that their doughnuts are more delicious than the beautiful doughnuts.

Monday, 26 November 2018

Ais play

Satu aktiviti yang boleh di kaitkan dengan art, science, language dan Quran. Anak-anak akan berasa sangat seronok mewarna di atas ais sambil mencari permainan mereka yang tersembunyi di dalam ais. Sambil itu, kita boleh memperkenalkan perkataan-perkataan baru seperti glacier dan global warming.
Kita juga boleh menerangkan kepada mereka tentang:

1) bagaimana air membeku menjadi ais (letakkan barang permainan mereka untuk dibekukan sekali
    dengan air untuk menarik minat mereka untuk melakukan pemerhatian).
2) bagaimana garam akan mempercepatkan proses pencairan ais dan membentuk permukaan ais yg        kasar.
3) apa yang berlaku apabila ais menjadi cair kesan daripada cuaca yang panas.
4) global warming dan pencairan ais yang akan meningkatkan paras air laut.
6) aktiviti-aktiviti yang menyebabkan global warming.

Yang paling penting kita perlu kaitkan dengan kekuasaan Allah dan kebijaksanaan Allah yang mencipta segalanya.






P/s: Experience is the best gift that we can give to our children

Sunday, 11 November 2018

Happy kids

Sebuah buku yang amat bagus untuk kita sebagai parents. Banyak idea dan cadangan yang di bincangkan dalam mendidik anak dari kecil sehingga remaja dengan menggunakan teknik 3R's iaitu:
1) Request : Kita perlu meminta anak membuat sesuatu dengan meminta secara baik tapi tegas.
Contoh: "Ali, Please switch off the fan".
2)Repeat
"Ali, Ummi wants you to switch off the fan now".
3) Reassure
"Ali, if you don't switch off the fan now, Ummi will not allow you to watch TV for 30 minutes".
Ini adalah satu contoh untuk mendidik anak yang berusia 7 hingga 11 tahun. Menghukum secara baik untuk mendidik.
Ada banyak lagi tips yang diberikan dan sangat membantu untuk ibubapa. Saya membaca buku ini secara percuma di Scribd. Dapatlah membaca free Ebooks untuk sebulan.


Friday, 9 November 2018

Sifir tak susah.

Saya tidak pernah ajar mereka untuk hafal sifir. Saya cuma ajar mereka teknik untuk mendarab dengan mudah. Alhamdullilah, bila pelajar seronok mendarab, kita pun seronok mengajar. 
Ini hasil budak darjah 2 dan 3 yang telah menjawab 50 soalan dengan betul dalam masa 5 minit 20 saat dan 3 minit 47 saat.
Pelajar darjah 3

Pelajar darjah 2



Wednesday, 7 November 2018

Nota Bahasa Arab.

Berikut saya sertakan nota bahasa arab bergambar untuk memudahkan kita mengajar anak kita sendiri. sangat menarik dan mudah untuk difahami oleh anak-anak.
Selain mengajar anak kita, kita pun boleh mempelajari Bahasa Arab secara mudah.

BAHASA ARAB: MASA
BAHASA ARAB: ANGGOTA BADAN
BAHASA ARAB: KATA GANTI NAMA
BAHASA ARAB: KATA KERJA
BAHASA ARAB: KATA TANYA
BAHASA ARAB: KATA TUNJUK
BAHASA ARAB: PERKATAAN PERASAAN
BAHASA ARAB: WARNA
BAHASA ARAB: PERKATAAN PENTING
FLASH CARDS BAHASA ARAB 1
FLASH CARDS BAHASA ARAB 2

p/s: Saya mendapat nota ini dari seorang ibu yang baik hati. Apa yang anda perlu buat hanyalah menduakan kami agar diberikan kesihatan yang baik, iman yang teguh, anak-anak yang soleh dan solehah serta dilimpahkan rezeki.

Tuesday, 6 November 2018

Ebook Doa untuk anak dan cara mendidik anak dalam islam.

Dini saya sertakan dua lagi Ebook yang amat berguna kepada ibubapa.

1) Pertama adalah "Ebook Seronoknya Doa" dimana terdapat pelbagai doa dari Al-Quran yang disarankan untuk dibaca setiap hari oleh ibubapa. Kita boleh download dan amalkan setiap hari. Moga Allah memakbulkan dua kita. Sila click E-book seronoknya doa untuk download doa-doa ini.

2) Tips dan saranan untuk mendidik anak dalam islam yang boleh kita amalkan dan jadikan panduan.
Sila click Ebook cara mendidik anak dalam islam untuk membaca ebook ini.

Monday, 5 November 2018

Ebook Zikir.

Buku zikir ini mengandungi senarai zikir yang boleh kita amalkan pada waktu pagi dan petang. moga ALLAH sentiasa melindungi kita semua dari gangguan jin dan syaitan dan melimpahkan rahmatNya kepada kita.

Click Buku Zikir  untuk download Ebook ini.

Saturday, 3 November 2018

Kesan mental abacus.

When to a class for parents today and I got the highest marks for Math. Mental abacus punya effectlah ni tapi kalau nak lawan budak Mental Arithmetic, kalah kot sebab they are well trained since young. Both brains dah activated. Kami tukang train sahaja, jadi tak sama.

Ibubapa tak perlu takut hendak mengajar anak Mental Abacus. Kita cuma perlu tahu teknik mengajar sahaja.Tak perlu pandai Math sangat pun.

P/s: Ibubapa takut Math boleh buat-buat pandai, tapi bila anak takut, tak boleh buat apa-apa dah.