Anak tak nak makan? Bagi je phone.
Anak tak nak duduk diam? Bagi je tab.
Anak tak nak behave? Bagi je any gadgets..
Kan senang solutionnye. Bagi je gadgets, settle kerja kita. Tak payah susah-susah.
Setuju? Bagi yang setuju, anda adalah ibubapa yang bertanggungjawab terhadap perkara berikut:
1) Meningkatkan ketagihan
Penggunaan gadgets akan membuatkan anak ketagih. Macam penagih dadah, yang ini penagih gadgets. Makin lama, makin ketagih. Best ke kalau anak kita jadi macam tu?
2) Merosakkan mata
Kajian menunjukkan anak yang terdedah kepada computer game akan lebih terdedah kepada masalah mata semasa mereka sedang membesar. Wah, ni satu bonus untuk ibubapa kan?
3) Tiada pendedahan kepada alam sekitar
Gadgets membunuh anak kita. Pada usia ini mereka perlu menerokai alam, berlari dan bersosial dengan orang lain. Ini tidak, ibubapa lebih suka anak terperap di dalam rumah sambil bermain gadgets. Lebih selamat katanya.
4) Keganasan dan aggresive
Anak yang suka bermain gadgets akan menjadi lebih aggresive. Mereka akan menjadi lebih ganas dan sukar dikawal. Lebih best, mereka juga tidak akan mendengar cakap. Dah hari-hari bermain dengan machine, apa yang mereka akan faham dengan perasan dan manusia?
5) Kurang berinteraksi
Mereka akan lebih suka bermain sendiri. Perkembangan normal communication skill ank-anak juga akan terganggu. Dah kawan mereka gadgets, habis buat apa nak bercakap dengan manusia.
6) Perkembangan otak
Kajian menunjukkan gadgets yang berlebihan akan menyebabkan anak kurang tumpuan apabila mereka membesar, perkembangan kognitif yang lewat dan pembelajaran yang akan terganggu.
Bukan ini je tau, ada banyak lagi kesan gadgets yang hebat kepada anak-anak. So, sekarang ni terpulang pada ibubapa untuk terus memberikan gadgets or gantikan dengan aktiviti yang berfaedah.
The choice is yours as you are answerable to The Almighty.